fb fb fb fb fb

237 individu dijatuhi hukuman melibatkan kesalahan jual bunga api dan mercun haram

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 15 Jun-Seramai 237 individu telah dijatuhkan hukuman melibatkan kesalahan menjual bunga api dan mercun secara haram setakat April 2023.

Timbalan Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata bagi tempoh sama, 387 pertuduhan dibuat melibatkan kesalahan tiada lesen atau melanggar syarat penjualan, disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di bawah Akta Bahan Letupan 1957.

"Manakala bagi jumlah individu yang dijatuhkan hukuman kerana menjual bunga api dan mercun secara haram bagi tahun 2021 hingga 2023 adalah
seramai 675 orang.

"Untuk rekod, dari Januari sehingga April 2023 sebanyak 237 telah dijatuhkan hukuman", katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing.


(Timbalan Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah/FOTO RTM)

Media Baharu