fb fb fb fb fb

221 individu terima pingat kebesaran negeri Selangor

(Istiadat pengurniaan pingat disempurnakan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah mewakili Sultan
Sharafuddin Idris Shah Alhaj)

SHAH ALAM, 22 Mei- Seramai 221 individu dari Petaling dan Klang menerima pingat kebesaran bersempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor ke-77.

Istiadat pengurniaan pingat disempurnakan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah mewakili Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Dewan Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, hari ini.

Dalam majlis itu, seramai 25 individu dianugerahi Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 42 individu Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC), 136 individu Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan 17 individu Pingat Perkhidmatan Selangor (PPS).

Pengurniaan pingat kebesaran bersambung esok melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Sepang.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Haris Kasim.

(221 individu terima pingat kebesaran negeri Selangor)

Media Baharu