fb fb fb fb fb

Seksyen 309 Kanun Keseksaan babitkan kesalahan cubaan bunuh diri mansuh

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 22 Mei- Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 (Akta 574) bagi memansuhkan kesalahan percubaan bunuh diri.

Rang undang-undang itu diluluskan selepas dibahaskan oleh lapan Ahli Parlimen.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mengkaji secara mendalam cadangan dekriminalisasi cubaan bunuh diri termasuk dari sudut Islam dalam usaha memansuhkan kesalahan itu.

Beberapa sesi libat urus juga telah dilakukan bersama pakar serta pihak berkepentingan sejak 2018 hingga 2020 bagi meneliti isu berkaitan.

“Seksyen 309 Akta 574 wajar dimansuhkan untuk mengubah pendekatan terhadap cubaan bunuh diri daripada yang bersifat punitif kepada pendekatan berasaskan rawatan perubatan.

"Pemansuhan Seksyen 309 akan membawa pindaan kepada akta lain yang berkaitan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 (Akta 574).

Turut diluluskan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2023.

Pindaan dibuat bagi memasukkan persubahatan perlakuan cubaan bunuh diri oleh kanak-kanak, orang yang kurang keupayaan mental, atau mana-mana orang sebagai kesalahan jenayah melalui pindaan Kanun Keseksaan (Akta 574).

"Bagaimanapun, kesalahan bersubahat membunuh diri di bawah Seksyen 305 dan 306 akta itu akan dikekalkan sebagai suatu kesalahan," tambah Ramkarpal.

(Ramkarpal Singh berkata Seksyen 309 Kanun Keseksaan babitkan kesalahan cubaan bunuh
diri mansuh)


Media Baharu