fb fb fb fb fb

22 syarikat diberi lesen Pengelola Jemaah Haji

(FOTO RTM)

MAKKAH, 16 Jun-Hanya 22 agensi pelancongan berjaya mendapat lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) musim ini, selepas masing-masing melepasi kriteria ditetapkan Tabung Haji (TH).

Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Haji, Mohd Zawawi Bostam berkata, syarikat yang layak memperoleh lebih 80 markah selain maklum balas jemaah pada musim haji sebelum ini.

Pasukannya turut memantau aspek perkhidmatan lain seperti sajian makanan, pengurusan pergerakan dan penginapan jemaah.

"Kita menilai berdasarkan penilaian rekod-rekod kesalahan.

"Jika kesalahan itu serius, maka kelayakan syarikat sama ada mendapat lesen berkenaan itu bergantung kepada prestasi mereka tahun lepas", katanya kepada pemberita di sini.

Sekiranya syarikat berkaitan gagal patuhi kriteria ditetapkan, mereka berdepan amaran lisan atau bertulis dan boleh didenda.

Pakej haji yang ditawarkan 22 syarikat PJH itu bermula daripada RM43,257 sehingga RM250,000 termasuk penginapan di Mekah serta Madinah.

Bagi musim haji tahun ini, lebih 8,600 jemaah haji direkod menggunakan perkhidmatan pakej haji, dengan 35 peratus daripadanya memilih pakej rahmah bernilai RM50,000 ke bawah.


(Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Haji, Mohd Zawawi Bostam)

Media Baharu