fb fb fb fb fb

22 buah rumah musnah 'dijilat api' di Sandakan

Foto Ihsan JBPM

SANDAKAN, 1 Mei- Kira-kira 22 buah rumah musnah dalam kejadian kebakaran di kawasan sebelah Kiriman Tung Ma, Batu 3 Sandakan, petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, JBPM Sabah, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.07 minit petang.

Seramai 34 anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan bergegas ke lokasi kejadian.

Tiada mangsa terlibat dilaporkan dalam kejadian kebakaran itu.

Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pukul 6.42 petang.

Turut berada dilokasi membantu mangsa kebakaran, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM