fb fb fb fb fb

215 kontrak kepada DNB berjumlah RM7.8 bilion- Fahmi

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 28 Mac- Sehingga bulan Disember 2022 ,  sebanyak  215 kontrak  telah di tandatangani Digital Nasional Berhad (DNB) melibatkan nilai keseluruhan RM7.8 bilion.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, daripada jumlah itu, perolehan sebanyak 138 kontrak adalah secara bidaan kompetitif atau tender terhad bagi 97% daripada keseluruhan nilai kontrak.

Manakala 77 kontrak yang bernilai 3% daripada keseluruhan nilai kontrak telah dianugerahkan secara rundingan terus.

"Kerajaan semestinya menghormati prinsip, “sanctity of contract”. Ianya tidak akan membuka semula kontrak-kontrak secara retrospektif.

"Namun begitu, pentadbiran ini sedang mengkaji dan akan memperketatkan tadbir urus DNB agar piawaian dan standard perolehan terbaik akan digunapakai oleh pihak syarikat. Dalam hubungan ini, pengumuman lanjut mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat,"katanya.

Jelasnya,  kebanyakan perolehan secara rundingan terus bagi 3% daripada keseluruhan nilai kontrak itu telah hanya dibuat pada tahun 2021, ketika DNB baru ditubuhkan dengan matlamat melaksanakan rangkaian 5G dalam jangka masa yang singkat.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Wakil Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.


(Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menjawab pertanyaan

wakil Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad )

Media Baharu