fb fb fb fb fb

Noktahkan miskin tegar hujung tahun ini - PM

(Foto Hiasan)

KUALA LUMPUR, 28 Mac- Kerajaan yakin mampu menoktahkan kemiskinan tegar dalam masyarakat menjelang hujung tahun ini.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sasaran mampu dicapai menerusi insentif Skim Tunai Rahmah (STR), Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan beberapa kerangka pembasmian kemiskinan yang telah diperuntukan sebanyak RM64 bilion.

 
(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

"STR yang diberikan kepada hampir 9 juta penerima, kerana ia mencakup jumlah yang disebut kemiskinan tegar, dan oleh kerana semua jabatan dan kementerian dikerahkan, saya yakin jumlah 130,000 untuk isi rumah ini mampu kita tangani dalam tahun ini juga," katanya.

Beliau turut memaklumkan kepada dewan rakyat kerajaan telah menerima sebanyak 22,000 permohonan untuk program IPR sejak ia dibuka sebulan lalu.

Ia merupakan perkembangan yang positif dalam usaha kerajaan menjana pendapatan rakyat miskin tegar.

Beliau menjawab pertanyaan wakil Jelebu,  Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Media Baharu