fb fb fb fb fb

21 keluarga setinggan Kampung Sri Makmur terima tawaran rumah mampu milik

Foto FB Rahim Kasdi

SHAH ALAM, 2 Jun- Seramai 21 keluarga setinggan asal Kampung Sri Makmur, Gombak menerima tawaran rumah mampu milik, Rumah Selangorku Seri Temenggung berkeluasan 750 kaki persegi pada harga subsidi RM65,000.

Menurut Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, A Rahim Ahmad Kasdi dalam satu kenyataan berkata penduduk terlibat turut menerima bayaran kos pemindahan rumah sebanyak RM1,000.

"Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor telah mengeluarkan surat tawaran pada 21 Mei lalu kepada penerima yang disahkan Pejabat Daerah dan Tanah Gombak hasil bancian 2006 dan 2016."

"Beliau turut mendedahkan, isu kampung berkenaan gagal ditangani pentadbiran negeri sebelum ini yang diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan dibantu Hilman Idham selaku pegawai khasnya," kata kenyataan itu.

Jelas Rahim, penduduk telah dibiar dalam keadaan tidak menentu ekoran penyelesaian yang gagal dicari pada 2016, sebaliknya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari merancang untuk membangunkan kawasan itu.

Amirudin yang mulai memimpin pada 2018, memutuskan supaya tanah tersebut dibangunkan secara tersusun.

Justeru, pada 2020, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah menjualnya.

Rahim berkata, kemudian, Majlis Perbandaran Selayang, PTG Gombak dan PKNS diarah menyemak senarai bancian untuk mengenal pasti penduduk asal bagi mengelakkan mana-mana pihak mengambil kesempatan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM