fb fb fb fb fb

Langkawi tuan rumah sambutan Hari Alam Sekitar Malaysia

Pulau Langkawi, Kedah

KOTA KUALA MUDA, 2 Jun- Pusat pelancongan terkemuka, Pulau Langkawi akan menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Alam Sekitar Malaysia atau Minggu Alam Sekitar Malaysia (MSAM) pada Oktober ini.

Penganjuran MSAM merupakan acara tahunan yang telah dilakukan susulan termaktubnya Deklarasi Langkawi Mengenai Alam Sekitar pada Oktober 1989.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air, Pengairan dan Saliran Negeri Kedah, Mohammad Yusuff @ Munir Zakaria berkata, pemilihan Langkawi memberi peluang untuk mempromosikan keindahan yang terdapat di negeri Kedah bukan sahaja kepada pelancong tempatan, malah pelancong antarabangsa.

Katanya, Kedah bukan sahaja mempunyai Langkawi, malah pelbagai khazanah lain khususnya di tanah besar Kedah.
 
Antaranya, Tamadun Kedah di Sungai Batu, Tapak Arkeologi Lembah Bujang, Dataran Merdeka, Tanjung Dawai, Muzium Diraja Kedah, Kota Kuala Setar, Tree Top Walk Sungai Sedim dan Gunung Jerai.
 
Mohammad Yusuff berucap demikian pada Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Peringkat Negeri Kedah 2024 di Dataran Tsunami, Kampung Kepala Jalan, Kota Kuala Muda, Kedah.
 

ROSLINA BINTI DIN