fb fb fb fb fb

Pemeriksaan Imigresen guna kod QR di pintu masuk KSAB, lancar

Foto Jabatan Imigresen Negeri Johor

JOHOR BAHRU, 2 Jun- Hari pertama pelaksanaan pemeriksaan Imigresen menggunakan kod QR di pintu masuk Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor Bahru, semalam, berjalan lancar dan menerima maklum balas positif daripada pengembara.

Pemangku Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor, Mohd Faizal Shamsudin berkata, inisiatif itu akan diteruskan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), dalam masa terdekat.

Pada ketika ini, pelaksanaan fasa pertama inisiatif itu hanya akan dijalankan di KSAB, khusus kepada warganegara Malaysia yang menaiki bas dan motosikal dan berdaftar dengan MyTrip.

Sebanyak sepuluh kaunter dibuka untuk laluan keluar dan masuk bagi zon motosikal, manakala lapan kaunter disediakan di laluan keluar dan masuk bagi dewan bas.

Pembukaan kaunter tersebut akan diperluaskan secara berfasa.

JIM Johor turut mengingatkan kepada pengembara untuk sentiasa membawa pasport antarabangsa untuk setiap perjalanan keluar negara, bagi mengelakkan sebarang masalah di negara yang dituju.

ROSLINA BINTI DIN