fb fb fb fb fb

205 syarikat di Kelantan daftar SKPS

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail

KOTA BHARU, 16 Oktober - Sebanyak 155 syarikat sektor pengangkutan darat awam dan barangan di Kelantan telah berdaftar bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) untuk menikmati subsidi petrol RON95, antara 15 September hingga 14 Oktober lalu.
 
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, daripada jumlah itu, 94 syarikat adalah daripada sektor pengangkutan awam, manakala 61 lagi syarikat pengangkutan barangan.
 
Secara keseluruhan, sebanyak 205 kenderaan di negeri itu sudah berdaftar bawah sistem berkenaan.

"Pengguna atau syarikat ini boleh mohon secara dalam talian. Jika ada masalah, boleh datang jumpa kami untuk dapatkan bantuan. Kaunter kami dibuka pada waktu pejabat dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

"Insya-Allah, KPDN akan turun ke pasar raya dan tempat awam bagi memastikan urusan pendaftaran berjalan lancar," katanya ketika ditemui media selepas meninjau pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali di sebuah pasaraya di sini.
 
Mengulas lanjut, Azman memaklumkan, KPDN ada menerima aduan berkaitan pendaftaran bawah SKPS.

Antaranya isu kenderaan tidak layak kerana tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), serta masalah teknikal seperti kesilapan maklumat dan pendaftaran berganda.
 
Mengenai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), beliau berkata, sebanyak 290 peruncit dan pemborong dilantik di semua daerah di Kelantan, bagi memastikan bekalan keperluan asas mencukupi.
 
Pihak yang dilantik diberi kebenaran untuk menyimpan stok tambahan sehingga 30 peratus semasa kecemasan.

MASNIZA AWANG KECHIK