PUTRAJAYA, 24 Mei- Lembaga Pertubuhan Peladang menghargai peranan dan pengorbanan 205 pegawai dan kakitangannya pada Majlis Malam Permata Madani sempena Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).
Pada majlis itu, seramai 58 kakitangan turut menerima Anugerah Khidmat Setia bagi menghargai usaha mereka dalam memacu peladang menjadi lebih progresif serta berdaya saing.
Majlis disempurnakan Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin di Putrajaya malam tadi.
Dalam ucapannya, beliau berharap semua kakitangan LPP terus menggembleng tenaga dalam memastikan keperluan bekalan makanan negara mencukupi.
Selain itu tambah Chan semua pihak perlu peka, pantas dan proaktif dalam melaksanakan tugas masing-masing disamping lebih berdaya saing membawa LPP menghadapai cabaran ekonomi global.
Turut sama dalam majlis itu Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang, Azulita Salim dan Pengerusinya, Datuk Wira Mahfuz Omar.
(Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin)