fb fb fb fb fb

200kg sampah dikumpul di Pantai Tengah Langkawi

Foto RTM

LANGKAWI, 3 November - Sebanyak 200 kilogram sampah di persisiran Pantai Tengah Langkawi berjaya dikumpul.

Ia menerusi Program Beach Clean Up anjuran Holiday Villa Langkawi, merupakan program tahunan yang disertai lebih 50 orang kakitangan dan penginap hotel berkenaan.

Menurut Pengarah Jualan dan Pemasaran, Norsidah Ahmad, inisiatif tersebut merupakan salah satu Tanggungjawab Sosial Koporat hotel itu, bagi memastikan persekitaran pantai di Langkawi terutamanya berhampiran hotel iaitu Pantai Tengah bersih daripada sampah sarap.

Program itu juga bertujuan untuk mendidik masyarakat setempat dan tetamu hotel untuk bersama-sama menjaga kebersihan alam sekitar.

"Daripada bahan terbuang seperti plastik, kita boleh hasilkan sesuatu yang berguna seperti tempat letak kad ini. Manakala daripada kain terpakai, kita boleh buat lanyard seperti ini. Usaha sebegini penting supaya generasi akan datang lebih memahami cara membersihkan pantai dan menggunakan semula bahan buangan dengan bijak,” katanya.

Beach Clean Up turut di sertai oleh EKHA Langkawi iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang menghasilkan barangan berasaskan sumber buangan seperti plastik dan fabrik terpakai.

Ia juga mendidik orang ramai untuk menggunakan bahan terbuang sebaiknya.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN