MERBOK, 4 April - Sebanyak 200 ekor ayam yang dijual pada harga rendah iaitu RM8.00 seekor habis dijual hanya dalam tempoh kurang 20 minit, di sini petang semalam.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Aizat Azam berkata, isu harga ayam yang sedikit mahal berbanding sebelum ini ternyata memberi kesan kepada rakyat terutamanya golongan B40.
Menurutnya, menyedari hakikat itu, pihaknya mengambil inisiatif menganjurkan program jualan ayam segar pada harga murah bagi membantu meringankan beban golongan terbabit.
"Oleh itu, jualan ayam subsidi dijual kepada warga Parlimen Merbok dibawah Program Bantuan Rakyat Merbok sempena bulan Ramadan ini.
"Walaupun mesej mengenai program #BantuanRakyatMerbok hanya disebarkan beberapa jam sebelum diadakan, namun sambutan yang diterima diluar jangkaan," katanya.
Aizat Azam turut bercadang untuk meneruskan program yang sama ke kawasan lain dari semasa ke semasa.