fb fb fb fb fb

20 gegaran susulan berlaku, orang ramai dinasihat terus berhati-hati

PETALING JAYA, 25 Februari - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) merekodkan 20 gegaran susulan berlaku selepas gempa bumi kuat dengan kekuatan 6.2 skala Richter yang berlaku pada pkul 9.39 pagi tadi.

Gegaran susulan tersebut berlaku berdekatan dengan lokasi utama gempa bumi di Utara Sumatera, Indonesia dan turut dirasai di beberapa buah negeri Semenanjung Malaysia.

Menurut Ketua Pengarah Met Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah, kekuatan gegaran susulan yang berlaku ada yang mencecah sehingga 5.1 skala Richter setakat tengah hari tadi.

(RTM menemu bual Ketua Pengarah Met Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah mengenai situasi terkini gegaran)

Bagaimanapun, keadaan masih lagi terkawal dan orang awam dinasihatkan untuk tidak bimbang.

MET Malaysia akan terus memantau keadaan ini serta menjangkakan lebih banyak gegaran susulan yang berlaku selepas ini.

Orang ramai juga diminta untuk terus berhati-hati dan tidak berada di kawasan atau bangunan yang berisiko sekiranya kejadian gempa bumi berlaku.

 

Media Baharu