fb fb fb fb fb

2,010 PPS berfungsi sebagai pusat pengundian dikenal pasti

(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media selepas menghadiri Taklimat Khas Sempena
PRU-15 Dan Monsun Timur Laut 2022 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini/ Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 25 Oktober - Kerajaan sudah mengenal pasti sejumlah 2,010 pusat pemindahan sementara (PPS) yang turut berfungsi sebagai pusat pengundian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sekiranya berlaku kejadian banjir pada hari mengundi, para penduduk terjejas boleh ditempatkan di blok yang berasingan untuk sementara waktu tanpa menganggu fungsi pusat pengundian.

“Saya memberi contoh, sekiranya sekolah ada tiga blok, ia boleh diasingkan tempat mengundi dengan PPS. Kebiasaannya sekolah akan ada tiga blok iaitu dua blok dijadikan PPS manakala satu lagi sebagai tempat mengundi.


(Foto fail)

“Ini bukan bermakna 2,010 pusat yang bertindih itu akan berlaku banjir, tetapi kita buat persediaan bergantung kepada keadaan. Sekiranya ada tempat lain yang kita boleh pindahkan mangsa banjir, itu akan dilakukan. Misalnya, kita sudah buat persediaan memindahkan ke balai raya, dewan orang ramai, surau dan masjid,”  kata beliau selepas mendengar taklimat khas persediaan menghadapi PRU15 dan Monsun Timur Laut di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Perkara tersebut ujarnya, akan diselaraskan oleh pegawai daerah yang sudah ditugaskan untuk mengenalpasti lokasi alternatif sekiranya berlaku pertindahan lokasi PPS dan pusat pengundian.

Media Baharu