fb fb fb fb fb

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi syor kenaikan subsidi dari 8 sen kepada 10 sen sebiji telur selama sebulan

(Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa pada sidang media
selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pasukan khas itu di Putrajaya hari ini/ Foto BERNAMA)

PUTRAJAYA, 25 Oktober - Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi mengesyorkan kenaikan subsidi dari 8 sen kepada 10 sen sebiji telur selama sebulan dan ia melibatkan nilai keseluruhan RM20 juta atau harga siling telur dinaikkan sebanyak 2 sen.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengesyoran itu dibuat bagi mengurangkan jurang harga kos pengeluaran serta harga maksimum yang ditetapkan.

Jelas beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, perkara berkenaan telah diusulkan kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan akan dimuktamad secepat mungkin.

"Bagi menutup jurang kos pengeluaran harga telur dan harga maksimum campur subsidi semasa tapi perkara ini ditetapkan oleh jawatankuasa tetapi belum dimuktamadkan kerana situasi ada ketika, akan dirujuk pada YAB PM dan Menteri Kewangan kerana mempunyai implikasi kewangan dan berbeza dgn keputusan jemaah menteri beberapa minggu lalu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasukan itu, di sini hari ini.


(Foto fail)

Tambah Tan Sri Annuar turut memaklumkan, jumlah pengeluaran telur ayam bulanan ketika ini adalah 968.8 juta biji berbanding 871.9 juta biji, pada bulan biasa.

Bagaimanapun, kerajaan tidak bercadang untuk mengimport telur bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan.

Jelas beliau, berdasarkan tinjauan, harga telur di Malaysia lebih rendah berbanding harga telur di pasaran runcit negara jiran.

Media Baharu