fb fb fb fb fb

Pasaran getah ditutup rendah berikutan indikator ekonomi pelbagai

KUALA LUMPUR, 25 Oktober- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini berikutan indikator yang pelbagai daripada pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga. 

Peserta pasaran sedang mencerna data ekonomi global yang bercampur-campur dengan prospek permintaan jangka panjang China kekal mendung walaupun pertumbuhan ekonominya mengatasi jangkaan pada suku ketiga 2022.

Pengeluaran perindustrian China pada September meningkat 6.3 peratus dari tahun ke tahun, lebih baik berbanding pertumbuhan 4.2 peratus yang direkodkan pada Ogos.

"Ekonomi China pulih pada kadar yang lebih cepat daripada unjuran menjelang suku ketiga pada 3.9 peratus dari tahun ke tahun tetapi kebangkitan semula yang lebih mantap dalam jangka panjang akan dicabar oleh sekatan COVID-19 yang berterusan, kemerosotan hartanah yang berpanjangan dan risiko kemelesetan global," katanya. 

Harga Lembaga Getah Malaysia (MRB) bagi SMR 20 turun 1.5 sen kepada 587 sen sekilogram, manakala lateks pukal adalah lebih rendah sebanyak dua sen kepada 458.5 sen sekilogram. 

(Foto fail)

Pada pukul 5.00 petang, harga penutup MRB bagi SMR 20 berada pada 583.5 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 457.5 sen sekilogram.-BERNAMA

Media Baharu