fb fb fb fb fb

2,000 penduduk meriahkan Program Jom Solat Subuh Berjemaah di Alor Setar

2,000 penduduk meriahkan Program Jom Solat Subuh Berjemaah di Alor Setar

ALOR SETAR, 15 Februari- Pengurusan Surau Al-Ikhlas, Kampung Parit Buaya, Mukim Gunung mengambil inisiatif menganjurkan Program Jom Solat Subuh Berjemaah, “Mai Bagi Ghamai” #GengSubuhMacam Jumaat.

Program bermula dengan solat subuh berjemaah yang dihadiri hampir 2000 penduduk dan diimamkan oleh penceramah terkenal, Ustaz Mohd Isa Abd Rahman.

Program disusuli dengan kuliah Subuh yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Isa.

Setiausaha Surau Al-Ikhlas, Hamzah Ahmad berkata pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan. Antaranya, pertandingan memancing “Mengai Ban Sungai” Lampung Parit Buaya yang disertai hampir 300 peserta.

Turut diadakan, aktiviti bermain buih untuk kanak-kanak, memanah, menunggang kuda, dan konvoi bermotorsikal.

Jelas Hamzah, program bertujuan untuk menggalakkan orang ramai khususnya penduduk setempat untuk mengimarahkan surau khasnya solat berjemaah melibatkan segenap lapisan umur terutama anak-anak muda.

Beliau berkata, sebanyak RM6,000 berjaya dikumpul hasil sumbangan daripada pelbagai pihak sepanjang program berkenaan.

Dana tersebut akan digunakan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti surau.

ROSLINA BINTI DIN