fb fb fb fb fb

1MDB, PDRM tidak tolak kemungkinan tahan individu lain

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 13 Julai- Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan akan menahan individu lain yang dikaitkan dengan siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata pihak polis tidak pernah memberhentikan mana-mana siasatan yang dibuka.

"Kita tidak pernah memberhentikan siasatan dan semua suspek atau mana-mana individu juga, memang dalam radar kita.

Kita juga akan menyemak dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, sekiranya Jasmine Loo ini dikehendaki," kata Razarudin kepada pemberita di ibu negara.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa bekas penasihat undang-undang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai SwanLoo telah ditahan polis pada Jumaat lepas (7 Julai) bagi membantu siasatan bagi kes penyelewengan dana itu.

Jasmine telah direman dan disiasat bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Pihak polis masih menjalankan siasatan dan akan bekerjasama dengan agensi lain seperti Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Loo dikatakan sekutu rapat ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, yang terlibat dalam skandal kewangan 1MDB serta telah disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki selepas melarikan diri dan keberadaan beliau sehingga kini masih tidak diketahui.


(Foto Fail)

 

Media Baharu