fb fb fb fb fb

18 lelaki ditahan dalam operasi pemutihan penyalahgunaan dadah di Pontian

PONTIAN, 1 November- 18 lelaki berumur 25 hingga 26 tahun ditahan dalam operasi pemutihan kerana terbabit kegiatan penyalahgunaan dadah.

Operasi dijalankan di enam lokasi berbeza di Pontian, Johor bermula 7.00 pagi hingga 7.00 malam, semalam.

Operasi bersepadu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) itu dilaksanakan hasil maklumat awam, melibatkan tiga lokasi di Benut, serta satu lokasi di Kayu Ara Pasong, Pontian, dan Kukup.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, saringan urin mendapati kesemua individu ditahan, positif dadah.

"Seorang lelaki turut ditahan, kerana dikehendaki bersabit kes dadah.

"Operasi merampas satu paket plastik lutsinar, mengandungi 3.49 gram serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin. Kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952," kata Mohammad Shofee kepada media di sini.

(Superintenden Mohammad Shofee berkata 18 lelaki ditahan dalam operasi pemutihan
penyalahgunaan dadah di Pontian)

Media Baharu