fb fb fb fb fb

PRU ke-15: Parti putuskan isu pencalonan, tidak perlu spekulasi

(Tan Sri Annuar meminta semua pihak tidak membuat sebarang
spekulasi berhubung perkara terbabit/BERNAMA)

 KOTA BHARU, 1 November- Penyandang kerusi Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti berhubung pencalonannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara terbabit.

"Dia ada sistem. Kita tak usah banyak buat spekulasi. Biarlah proses itu berjalan. Kita serahkan kepada parti khususnya pucuk pimpinan parti untuk tentukan memilih siapa yang parti fikir patut terima watikah dan mewakili parti.

"Soal calon macam saya kata bukan benda yang harus kita minta-minta, lobi-lobi. Kalau kita difikirkan oleh pucuk pimpinan atas apa juga asas pertimbangan maka itu kita hanya alat untuk parti memberi watikah dengan logo parti kita masuk," katanya.

Barisan Nasional bakal mengumumkan calonnya bagi PRU15 malam ini.

(Penyandang kerusi Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa pada sidang media/BERNAMA)

Media Baharu