fb fb fb fb fb

175 mangsa banjir di pusat pemindahan Kampung Baru

KUALA LUMPUR, 7 Mac- Pusat pemindahan sementara (PPS) Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru menempatkan seramai 175 penduduk terjejas banjir, setakat pukul 8 malam ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid, dalam hantaran Facebooknya berkata jumlah mangsa dijangka bertambah dan pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) di lapangan sentiasa bersedia melakukan kerja menyelamat.

"Saya berada di lokasi PPS Kelab Sultan Sulaiman Kg. Baru sebaik saja selesai Parlimen untuk hari ini.

(Datuk Mastura Mohd Yazid meninjau bantuan diberikan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru./Foto FB Mastura Yazid)


"Selepas selesai (tugasan) di Parlimen, saya bergegas ke PPS Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru bagi meninjau keadaan terkini penduduk terjejas.

"Agensi APM telah berada di lokasi dari awal dan kini pendaftaran sedang di pergiatkan. Keselesaan dan keselamatan mangsa adalah keutamaan.," katanya menerusi Facebook, malam ini kira-kira 7 malam pada Isnin.

Mastura turut memuat naik beberapa gambar di media sosial berkenaan, memaparkan beliau meninjau keadaan penduduk terjejas banjir serta mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa berhubung situasi semasa.

Media Baharu