fb fb fb fb fb

171,000 kenderaan dijangka guna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak

GOMBAK, 16 Januari- Polis Selangor menjangkakan enam lokasi utama iaitu membabitkan daerah Sabak Bernam, Klang Utara, Kuala Selangor, Ampang Jaya, Ulu Selangor dan Gombak akan mengalami kesesakan berikutan warga Lembah Klang mula bercuti panjang sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada Ahad ini.

Menurut Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi Subramaniam, pihaknya menggerakkan seramai 828 pegawai dan anggota polis bagi melancarkan aliran lalu lintas sekaligus mengurangkan kemalangan sepanjang tempoh perayaan tersebut.

"Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dijangka mengalami kesesakan kerana sebanyak 171,000 kenderaan dijangka menggunakan laluan itu bermula Jumaat ini," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati serta merancang perjalanan sepanjang musim perayaan ini.

Mengulas mengenai kadar kemalangan, jelas beliau kemalangan di negeri ini menurun apabila 2,810 kemalangan direkodkan semasa Ops Selamat Tahun Baru Cina pada 2022.

Berbanding pada tahun 2020 iaitu sebanyak 4,184 kemalangan direkodkan dengan mencatatkan 21 kemalangan maut dalam tempoh perayaan yang sama tahun lalu berbanding 22 kemalangan maut direkodkan pada 2020.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu