fb fb fb fb fb

165 Guru SeDidik ikuti Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak Khas

Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

KUCHING 5 Oktober- Seramai 165 guru SeDidik di Sarawak telah mengikuti Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak Inklusif untuk Kanak-Kanak Berkeperluan Khas.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata ia merupakan inisiatif kerajaan bagi melengkapkan guru dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menangani kanak-kanak berkeperluan khas dengan program pembangunan profesional berterusan.

Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa seramai 153 orang guru telah mengikuti Kursus Asas Bahasa Isyarat.

Beliau berkata demikian semasa Perasmian Konvensyen Pendidikan Awal Antarabangsa 2024 di Kuching.

Jelasnya, tema konvensyen tahun ini, 'Keterangkuman dan Kepelbagaian dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak', mencerminkan keperluan yang semakin meningkat untuk memastikan semua kanak-kanak, tanpa mengira latar belakang atau kebolehan, mempunyai hak untuk diasuh, dirai dan diberi peluang yang sama untuk berkembang maju.

Sejak 2021, kerajaan negeri telah melaksanakan dasar pintu terbuka di semua prasekolah SeDidik milik kerajaan negeri bagi memberikan peluang kepada kanak-kanak berkeperluan khas untuk belajar bersama rakan sebaya.

ROSLINA BINTI DIN