
JOHOR BAHRU, 10 Mei – Seramai 16 pesalah membuang sampah di tempat awam menjalani hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) Siri 8 di sini, pagi tadi.
- Lapan pesalah warga asing, selebihnya rakyat tempatan; umur tertuduh antara 21 hingga 56 tahun.
- Hukuman PKM dijalankan selama dua jam di salah sebuah pusat beli-belah.
- Tindakan dilaksanakan mengikut Seksyen 77B(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.
- Mereka juga dikenakan denda keseluruhan berjumlah RM14,400.
Lapan daripadanya merupakan warga asing, bakinya rakyat tempatan yang kesemuanya berusia antara 21 hingga 56 tahun.
Pengarah SWCorp Negeri Johor, Zainal Fitri Ahmad dalam kenyataan memaklumkan, hukuman dijalankan selama dua jam di salah sebuah pusat beli-belah.
Hukuman dijalankan mengikut peruntukan Seksyen 77B(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.
Mereka juga dikenakan denda keseluruhan berjumlah RM14,400.
Sejak Januari hingga kini, lebih 1,000 Notis Pemberitahuan Kesalahan dikeluarkan dengan masing-masing dikenakan PKM antara dua hingga 10 jam.
Manakala nilai denda terkumpul mencecah kira-kira RM26,000 melibatkan 32 kes, bagi tempoh sama.