fb fb fb fb fb

150 saudara baharu teruja sambut Aidilfitri

Razak berkata Badan Gabungan Masjid Jengka akan mengadakan program santai menyantuni masyarakat orang asli sebanyak tiga kali sebulan bagi menarik mereka mendekati Islam.

JERANTUT, 9 April- Seramai 150 orang saudara baharu dari perkampungan Orang Asli Kampung Sungai Bangkong, Jerantut teruja untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri ini.

Pengerusi Gabungan 35 Masjid Felda Wilayah Jengka, Razak Daud berkata badan masjid  berkenaan menjalankan tanggungjawab sosial Korporat (CSR) menyantuni Orang Asli Kampung Sungai Bangkong di Kampung Sungai Jempol.

"Menyapa tentang masyarakat asli yang belum lagi Islam ini bertepatan dengan titah Sultan Pahang bahawa kita tiada paksaanlah dalam manganuti agama Islam, tetapi kita ada usaha-usaha ke arah itu kita akan membuat penerangan atau tazkirah kepada penduduk," katanya kepada pemberita selepas memberi sumbangan Aidilfitri di Kampung Orang Asli Sungai Bangkong Jerantut, Pahang.

Menurutnya, penduduk di kawasan tersebut yang beragama Islam menjalani ibadah puasa, solat tarawih, membuat kuih raya dan membeli baju baharu.

Razak berkata Badan Gabungan Masjid Jengka akan mengadakan program santai menyantuni masyarakat orang asli sebanyak tiga kali sebulan bagi menarik mereka mendekati Islam.

"Setakat ini, seramai 150 orang daripada 212 penduduk di situ telah beragama Islam hasil gerakan dakwah pelbagai pihak termasuk Majlis Agama Islam Pahang, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan badan bukan kerajaan," katanya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM