fb fb fb fb fb

15 lagi bahan binaan dalam vop, bantu kontraktor hadapi kenaikan harga barangan - PM

BERA, 14 Julai - 15 bahan binaan kini disenaraikan dalam pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) bagi membantu kontraktor yang berdepan kenaikan harga barangan selain memastikan projek siap tepat pada masanya.

Bahan binaan tersebut merangkumi antaranya simen, batu bata dan dinding, kaca, batu baur, bahan siling serta bahan bumbung.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kerajaan sedia maklum dengan kenaikan harga bahan binaan yang tidak dapat dielakkan berikutan ketidak tentuan ekonomi global dan konflik geopolitik-ukraine sehingga menyebabkan besi meningkat sehingga 180 peratus.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)

“ Oleh itu kerajaan telah mengembalikan semula syarat perubahan harga atau pun VOP bagi memastikan projek dapat disiapkan tepat pada masanya kerajaan telah mengeluarkan 4 jenis bahan binaan dan hari saya akan umumkan bagi membantu kontraktor kontraktor kita tambahkan lagi 15 lagi vop," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-38 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pahang di Kompleks Rakan Muda Bera, petang tadi.

Lima bahan binaan iaitu besi, batu, kaca, bahan siling dan bahan bumbung sebelum ini disenaraikan sebagai bahan kawalan harga untuk sektor pembinaan

Selain itu, Kerajaan turut mengembalikan semula syarat perubahan harga VOP bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual.

Meskipun kerajaan memperuntukkan perbelanjaan besar dalam sektor pembinaan Negara namun sector itu memainkan peranan penting menjayakan rancangan malaysia ke-12 dan juga penyumbang terbesar kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Media Baharu