fb fb fb fb fb

15,000 KIR berjaya dikeluarkan daripada kelompok miskin tegar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Oktober- Seramai 15,000 ketua isi rumah (KIR) berjaya dikeluarkan daripada kelompok miskin tegar sepanjang tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, angka itu sebahagian daripada 80,000 ketua isi rumah yang dikenal pasti dalam senarai miskin tegar 2024.

Kerajaan komited membantu rakyat menerusi pemberian bantuan bersasar walaupun sering dikecam segelintir pihak.

"Sebab itu bila saya ambil alih tanggungjawab sebagai Perdana Menteri, saya minta senarai berapa orang di Malaysia ini yang masuk kategori miskin tegar. Miskin tegar ini maknanya tak cukup duit, nak beli susu anak, uniform sekolah tak beli, makan kadang-kadang tak cukup.

"Takkan saya nak duduk selesa sebagai Perdana Menteri dan biar orang macam itu. Jadi, saya kata bagi senarai, kita perlu bagi selesai tahun itu juga. Ini yang kita sebut noktah miskin tegar", kata Datuk Seri Anwar.

Beliau berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Masyarakat Padang Rengas di Arena Square Pekan Isnin, Perak.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad dan Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim.

ROSLINA BINTI DIN