fb fb fb fb fb

148 rumah rosak akibat ribut di Sungai Petani

SUNGAI PETANI, 2 APRIL- Sebanyak 148 buah rumah di Sungai Petani, Kedah rosak dalam kejadian ribut semalam mengakibatkan sebahagian bahagian bumbung rumah terlibat diterbangkan angin kencang.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar , Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Dr Robert Ling Kui Ee berkata bancian telah dijalankan bagi menyalurkan bantuan segera membaiki kerosakan kepada penduduk yang terjejas.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.45 petang beserta angin kuat dan hujan lebat.

Kawasan yang terjejas ialah Taman Sutera Jaya melibatkan 27 buah rumah, Taman Songket Indah , 4 rumah, Taman Songket 30 ,Taman Seri Impian 81,Dewan Orang Ramai Taman Seri Impian 1,Kampung Mandi Lembu 3 dan Taman Sari 2.

Beliau berkata demikian selepas meninjau kawasan terjejas semalam bersama pejabat daerah Kuala Muda dan agensi terlibat.

Sementara itu Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azhar Ahmad berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kejadian angin kuat semalam turut menyebabkan banyak kejadian pokok tumbang.

Kit bantuan bencana turut disalurkan kepada penduduk terjejas.


(Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar , Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Dr Robert Ling Kui Ee meninjau kawasan terjejas)

Media Baharu