fb fb fb fb fb

130 sukarelawan SV sedia dtempatkan di dua pintu masuk CIQ

JOHOR BAHRU, 1 April - seramai 130 sukarelawan Southern Volunteer (SV) ditugaskan selama seminggu bagi melancarkan kemasukan rakyat Malaysia dan pengembara ke Johor, bermula hari ini.

Mereka akan ditugaskan di dua pintu masuk iaitu di Bangunan Sultan Iskandar dan di Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang.

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, Mohd Hairi Mad Shah berkata, bilangan sukarelawan dijangka bertambah mengikut keperluan.

(Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, Mohd Hairi Mad Shah)

"Untuk memastikan lancarnya perjalanan pelancong-pelancong atau pekerja-pekerja Malaysia dalam masa tujuh hari, kita akan pastikan kelancaran ini terjamin," katanya ketika ditemui
selepas menyambut ketibaan rakyat Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar Johor Bahru malam tadi.

Dalam pada itu, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur, Ir Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata pengangkutan awam Johor menyediakan perkhidmatan percuma
selama sebulan kepada mereka yang hendak berulang alik.

(Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur, Ir Mohamad Fazli Mohamad Salleh)

"Kita ikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah disediakan KKM sempena pembukaan sempadan, jadi saya rasa tiada SOP lain yang kita gunakan kita guna satu sahaja SOP, Exco Kesihatan pun sudah memberi jaminan berkenaan hal itu," katanya.

Media Baharu