fb fb fb fb fb

Malaysia - Indonesia tandatangani MoU PDI hari ini

JAKARTA, 1 April - Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung penggajian dan perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) yang bakal ditandatangani Malaysia dan Indonesia dilihat akan menyelesaikan beberapa permasalahan di sektor tenaga buruh asing.

Antaranya melibatkan isu gaji, sistem e-wages dan kebajikan pekerja asing.

Jelas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan, dengan pelaksanaan MoU tersebut, imej negara yang terkesan dengan dakwaan wujudnya buruh paksa dan pembayaran gaji lewat boleh diselesaikan.

(Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan)

"Di peringkat awal perbincangan dengan indonesia di Jakarta, mereka kurang selesa untuk menghantar pekerja mereka ke negara kita sebab pelbagai isu seperti gaji tidak dibayar, tempat tinggal tidak selesa, mereka tidak diberikan perlindungan yang sewajarnya.

"Kini, kita telah menyediakan satu MoU yang konklusif, di mana gaji, tempat tinggal dari segi perlindungan, jaringan keselamata dan sebagainya," katanya.

Beliau yang ditemui di Jakarta turut mengakui, Malaysia kini menghadapi masalah tenaga buruh asing yang tidak mencukupi di beberapa sektor.

Namun, menerusi MoU PDI tersebut, isu bekalan tenaga buruh asing akan selesai.

MoU PDI akan ditandatangani hari ini oleh Datuk Seri M.Saravanan dan Menteri Ketenagakerjaan Republik Indonesia, Ida Fauziyah di Istana Merdeka, Jakarta.

Pemetraian MoU akan turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Media Baharu