fb fb fb fb fb

126 Komuniti Madani ditubuhkan di 42 DUN di Pahang

Ahli Dewan Negeri Inderapura, Datuk Seri Shafik (tiga, kanan) selepas penyampaian watikah penubuhan Komuniti Madani bersempena Karnival Kita Madani Peringkat Negeri Pahang/ Foto: FB JAPEN Pahang

KUANTAN, 7 Oktober- Sebanyak 126 Komuniti Madani di Pahang ditubuhkan membabitkan 42 kawasan Dewan Undangan Negeri.

Kerajaan turut menyalurkan geran pentadbiran sebanyak RM3,000 kepada setiap Komuniti Madani untuk diguna bagi menggerakkan komuniti dari segi pentadbiran.

Jelas Pengarah Jabatan Penerangan Negeri (JAPEN) Pahang, Cik Kazidi Mohd Zainuddin, peruntukan tersebut boleh digunakan mengikut kesesuaian di kawasan masing-masing.

"Selalunya aktiviti dengan JAPEN kita akan bagi khidmat nasihat berdasarkan keperluan, contoh program melibatkan pendidikan anak-anak mereka di kawasan berkenaan, ada juga program berkaitan khidmat nasihat untuk melanjutkan pelajaran dan program-program berbentuk ekonomi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas penyampaian watikah penubuhan Komuniti Madani bersempena Karnival Kita Madani Peringkat Negeri Pahang di sini, pada Ahad.

Program dirasmikan oleh Ahli Dewan Negeri Inderapura, Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif.

Pelbagai aktiviti disediakan pada program tersebut, antaranya tarian dan nyanyian, tayangan montaj "Kita Madani"dan pelbagai pameran daripada agensi kerajaan.

ZEHRA BINTI ZAMBRI