fb fb fb fb fb

Banjir Kedah : Jumlah penduduk terjejas meningkat

FOTO APM Kedah

KUBANG PASU, 7 Oktober- Perkembangan banjir di Kedah setakat pukul 12 tengah hari tadi menyaksikan jumlah penduduk terjejas banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, PPS di Kedah terus meningkat kepada 359 orang berbanding 338 orang, pagi tadi.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata di Kubang Pasu, PPS Dewan PPK Lubuk Batu yang dibuka pada pukul 9.26 malam tadi menempatkan 54 penduduk.

Manakala PPS Sekolah Menengah Kebangsaan, SMK Changlun menempatkan 176 penduduk.

Kesemua penduduk terlibat dari Kampung Paya Lantau, Kampung Paya Nongmi, Kampung Belukar, Kampung Bendang Tok Leh, dan Kampung Padang Halban.

Manakala sebahagian lagi penduduk dari Kampung Nangmah, Kampung Belakang Sekolah Dato’ Kemara, dan Kampung Kubang Kayu.

Sementara itu di Pendang, 129 penduduk terjejas banjir ditempatkan di PPS Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah.

Kesemua penduduk dari sembilan buah kampung.

Antaranya Kampung Sungai Mati, Kampung Banggol Besi, Belakang Pondok Tanah Merah, Kampung Belakang Pendang, Kampung Seberang Pendang, Kampung Tanjung Radin dan Kampung Alor Punti.

Penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan tepi sungai serta berisiko dilanda banjir diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan situasi semasa.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE