fb fb fb fb fb

Reformasi struktur kerajaan berkesan, pelaburan dan prestasi ringgit meningkat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 7 Oktober – Reformasi struktur yang sedang dilaksanakan kerajaan menunjukkan keberkesanannya melalui prestasi kukuh ringgit dan peningkatan pelaburan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyampaikan penghargaan kepada komuniti pelabur asing dan domestik atas keyakinan mereka terhadap ekonomi, tadbir urus, kedaulatan undang-undang, dan kestabilan politik Malaysia.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada komuniti pelaburan, asing dan domestik, atas kepercayaan dan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia. Saya memberi jaminan bahawa kita tidak akan berpuas hati dengan kejayaan kita, sebaliknya akan berjaga-jaga dalam menghadapi cabaran serantau dan global," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama di Forum Khazanah Megatrends 2024, di sini.

Dalam pada itu, Anwar menyatakan bahawa Malaysia bersedia untuk memimpin ASEAN dengan visi perpaduan, keterangkuman, dan kerjasama menjelang kepengerusian ASEAN 2025.

Beliau juga menegaskan bahawa perpecahan geopolitik yang berlaku baru-baru ini menimbulkan ancaman terhadap kestabilan rantau ASEAN.

Namun, dengan kepimpinan bersama dan dasar berkecuali yang kukuh, cabaran tersebut dapat diatasi.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN