fb fb fb fb fb

124 hospital seluruh negara terima sijil akreditasi MSQH

Datuk Dr Heric Corray

MELAKA, 8 November- Sebanyak 124 hospital di seluruh negara termasuk 51 hospital kerajaan berjaya mendapatkan pengiktirafan pensijilan penuh akreditasi dan memenuhi piawaian penilaian ditetapkan Malaysia Society for Quality In Health (MSQH) setakat Oktober lalu.
 
Ketua Pegawai Eksekutif MSQH Datuk Dr Heric Corray berkata, untuk mendapatkan pensijilan tersebut pihaknya memandang dua aspek penting iaitu perkhidmatan berkualiti dan keselamatan pesakit.

Beliau berkata, pensijilan berkenaan bagi meningkatkan bilangan fasiliti penjagaan kesihatan berkualiti tinggi serta selamat.

"Empat tahun, tetapi setiap tahun itu mereka perlu menghantar laporan untuk 12 bulan pertama kemudian laporan 24 bulan. Tetapi kita mungkin akan buat tinjauan secara mengejut dan selepas 26 minggu kita akan lihat berdasarkan laporan tersebut.

"Jadi kita akan buat keputusan sama nak buat tinjauan pengawasan secara mengejut atau sebaliknya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Pensijilan Penuh Akreditasi MSQH kepada Hospital Putra Specialist Melaka yang disaksikan Exco Kesihatan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem.
 
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Putra Specialist Hospital Melaka, Mohd Zahiruddin Ahmad.
 
Sementara itu, di Melaka lima hospital kerajaan dan swasta menerima sijil Akreditasi MSQH.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI