fb fb fb fb fb

Amanah keguruan, para mahasiswa diajak memahami aspirasi MADANI

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 8 November- Program Wacana Minda MADANI dilihat sebagai platforn dalam memfokuskan pembinaan karakter pendidik disokong pembentukan generasi MADANI, selaras dengan nilai-nilai Islam dan prinsip kemanusiaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu menjadi medium bertukar pandangan secara dialog bagi mendengar luahan hasrat warga pendidik ke arah pelaksanaan aspirasi Malaysia MADANI.

"Kita ingin adakan progam ini ke seluruh Malaysia untuk memberikan pencerahan dan juga penjelasan kepada anak-anak terutamanya warga guru, warga pendidik tentang aspirasi Malaysia MADANI.

"Hari ini kita telah berdialog dengan anak-anak mahasiswa yang bakal menjadi pendidik bakal berkenaan peranan aspirasi MADANI dalam dunia pendidikan dan juga manfaatnya kepada guru-guru," katanya.

Beliau bercakap demikian selepas menyampaikan ucapan dalam Sesi Dialog Wacana Minda Madani bertemakan Amanah Keguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Antarabangsa di ibu negara.

Menurutnya, program itu akan diteruskan ke institusi-institusi perguruan di seluruh negara secara berperingkat.

Selain itu, pihaknya juga akan menerbitkan satu buku kompilasi berkenaan maklumat kerajaan Madani dalam bentuk sinopsis bagi memudahkan orang ramai memahami aspirasi Malaysia MADANI dengan baik.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI