fb fb fb fb fb

12 pemenang NEA 2022 turut diiktiraf di Anugerah Tenaga ASEAN

 

KUALA LUMPUR, 10 Mac- Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) tampil mengiktiraf pencapaian sektor awam dan swasta dalam usaha memacu agenda tenaga lestari negara.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad  berkata ia sebahagian daripada usaha kerajaan mempromosikan kecekapan tenaga serta tenaga yang boleh diperbaharui.

Daripada 23 pemenang NEA yang diumumkan September lalu, 12 syarikat telah berjaya mewakili Malaysia menerima penghargaan di Anugerah Tenaga ASEAN (AEA) dalam pelbagai kategori.

Nik Nazmi  percaya NEA memainkan peranan signifikan, menggalakkan peniagaan serta pemilik bangunan mengadaptasikan amalan tenaga lestari.

Beliau turut berharap lebih banyak pemain industri akan menjadi sebahagian daripada usaha ini, sejajar aspirasi negara mencapai sifar bersih karbon menjelang 2050.


(Nik Nazmi berucap pada Majlis Apresiasi Anugerah Tenaga Kebangsaan)

Media Baharu