fb fb fb fb fb

'Pertandingan Boling Comme' erat ukhwah pelbagai jabatan, agensi

IPOH, 10 Mac - Seramai 88 kakitangan pelbagai jabatan dan agensi di bawah portfolio Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak termasuk RTM menyertai 'Pertandingan Boling Comme', yang berlangsung di sini.

Program tersebut julung kali diadakan bertujuan mengeratkan lagi hubungan ukhuwah antara agensi terlibat.

Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Mohd Azlan Helmi berkata program sedemikian perlu bagi membina rangkaian kerjasama yang baik.

('Pertandingan Boling Comme' julung kali diadakan bertujuan mengeratkan lagi hubungan 
ukhuwah pelbagai agensi dan jabatan)

Selain itu, ia dapat memberi kesan positif kepada semua jabatan dan agensi dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

"Untuk satu malam di mana kita dapat beramah mesra bersama-sama terutama semua agensi di bawah portfolio saya yang ada kita katakan rakan strategik kepada portfolio saya di negeri dan juga kita ada dua agensi jemputan iaitu JPJ Perak dan juga Jabatan Perhilitan," kata beliau ketika berucap merasmikan pertandingan tersebut, di sini malam tadi.

Selain RTM, agensi lain yang turut terlibat adalah Jabatan Penerangan Negeri, Bernama, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Pos Malaysia.

Media Baharu