(Setakat pukul 2 petang tadi, seramai enam bayi lelaki dan enam bayi
perempuan dilahirkan di HTA)
KUALA LUMPUR, 22 April- Seramai 12 bayi dilahirkan di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur ketika umat Islam menyambut ketibaan 1 Syawal hari ini.
Setakat pukul 2 petang tadi, seramai enam bayi lelaki dan enam bayi perempuan dilahirkan di HTA.
Sembilan daripadanya berbangsa Melayu, manakala masing-masing satu Cina, Iban dan Indonesia.
'Anugerah Syawal' itu pastinya amat bermakna bagi ibu bapa masing-masing yang menyambut kehadiran orang baharu dengan penuh kegembiraan dan rasa syukur.
Menurut seorang ibu yang melahirkan anak pada 1 Syawal, Haslenda Farahana Mohamad, sememangnya rezekimendapat anak pada hari raya pertama kerana jangkan awal bakal melahirkan bayinya pada 25 April.
"Saya diminta doktor untuk dimasukkan ke wad bagi mempercapt oporses kelahiran sejak tiga hari lalu, namun akhirnya pagi Syawal barulah bayi nak keluar," katanya.
(Haslenda Farahana Mohamad)
Sementara itu, seorang lagi ibu, Nurmasitah Nasri, dia genbira dapat melahirkan anak kedua pada ! syawal, bulan penuh kemuliaan.
"Seronok sangat sebab bayi yang pertama pun saya lahirkan pada bulan Syawal, jadi dah ada dua anak lahir masa raya," katanya.
Dalam pada itu, kesemua bayi "1 Syawal" menerima sumbangan duit raya daripada Kementerian Kesihatan Malaysia yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Asmayani Khalib.