fb fb fb fb fb

11 Ramadan: Pembeli amal perbelanjaan berhemat raya

KUALA LUMPUR, 3 April- Jalan Tunku Abdul Rahman antara lokasi tumpuan beli belah persiapan raya bagi warga kota.

Tinjauan RTM pada hari kesebelas Ramadan mendapati tidak berlaku kesesakan luar biasa di lokasi berkenaan.

"Sekarang masih perlahan sebab baru hari kesebelas. Budak baru sambung belajar, jadi agak perlahan lagilah," kata Saidatunnisa Dasri.

"Kita buat persiapan pada akhir Ramadan memang sangat memenatkan," kata Emma Hussein.

"Dengan keadaan ekonomi, budak mula sekolah. Kalau tahun ini memang orang akan berhemat. Beli perkara yang perlu sahaja," kata Zulkifli Suwafdi.

"Mereka akan cuba kain mereka dulu, lepas tu mereka akan tanya harga. Kalau harga sesuai dengan permintaan mereka atau keinginan mereka, mereka akan beli" kata Haslan Sanusi.


(Jalan Tunku Abdul Rahman meriah dengan pelbagai kelengkapan)

Media Baharu