fb fb fb fb fb

107 pengusaha teksi Pangkor, terlibat Konvoi Kempen Jalur Gemilang 2023

PULAU PANGKOR, 9 Ogos - Program Semarak Kibar Jalur Gemilang 2023 menyaksikan 107 pengusaha teksi di Pulau Pangkor, terlibat Konvoi Kempen Jalur Gemilang 2023.

Pengarah Penerangan Negeri, Mohd Rizal Hashim berkata, program itu dapat menyemai perasaan dan semangat cintakan negara menerusi aktiviti patriotisme dalam kalangan penduduk di Pulau Peranginan tersebut.

"Berharap pengusaha teksi ini sebagai barisan hadapan juga kepada sektor pelancongan dan ia akan membawa mesej yang jelas untuk membawa mesej kibar Jalur Gemilang di bulan kebangsaan. Pada masa sama kita harap dengan program ini juga ia akan dapat membantu dari segi aspek dalam sektor pelancongan ini di negeri Perak yang mana pada tahun hadapan adalah tahun melawat Perak," kata Mohd Rizal, di sini.

(Pengarah Penerangan Negeri, Mohd Rizal Hashim bercakap kepada media selepas menyempurnakan
Flag Off Konvoi Semarak Gemilang 2023 di Jeti Pulau Pangkor)

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Manjung, Shamsul Ridzuan Idris berkata beberapa infrastruktur akan dinaik taraf sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2024.

"Jadi antara infrastruktur yang kita akan tambah baik adalah dari segi jalan, jeti dan terminal yang mana akan dibangunkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pangkor akan menerima limpahan pelancongan daripada selatan, daripada Lembah Llang dan daripada utara, daripada Kedah, Pulau Pinang, dari Perlis untuk datang sebab dijangka West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) akan siap," kata Shamsul, di sini.

Pulau Pangkor merupakan lokasi ketiga Program Semarak Gemilang 2023 selepas Pos Kuala Mu, Sungai Siput dan Bukit Buluh, Pengkalan Hulu. 

Media Baharu