fb fb fb fb fb

Tuisyen percuma beri manfaat 4,140 anak peserta AIM

(FOTO BERNAMA)

KUALA NERUS, 9 Ogos - Inisiatif program tuisyen percuma kepada anak peserta program pembiayaan mikro kredit sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah memanfaatkan 4,140 murid seluruh negara.

Program diperkenalkan sejak Julai tahun lalu itu melibatkan 197 tenaga pengajar di 133 pusat tuisyen yang telah diwujudkan.

Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz berkata inisiatif dengan peruntukan RM1.2 juta itu turut menyediakan makanan berkhasiat kepada pelajar bagi meringankan beban ibu bapa.

(Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz)

"Pejabat AIM akan ditukar menjadi pusat tuisyen, anak anak sahabat akan dihantar. Mereka akan dihantar dengan subjek mata pelajaran matematik dan bahasa Inggeris. Jadi fokus kita adalah pelajar-pelajar darjah lima dan darjah enam," katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran program tuisyen untuk anak sahabat usahawan AIM, di sini.

Majlis disempurnakan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Sementara itu, sahabat usahawan AIM, Siti Sakinah Bakar ketika ditemui menyambut baik usaha yang dilakukan AIM itu dalam membantu meringankan beban peserta.

"Alhamdulillah, untuk anak masa tuisyen ini peningkatan dia ok dan yang seronoknya tidak perlu bayar," katanya.

Media Baharu