fb fb fb fb fb

100 mesin layan diri pertama 'Insan' IPR beroperasi pada Jun

(Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ditemui selepas melawat tapak mesin layan diri
IPR di PPUM)

PETALING JAYA, 14 Jun- Sebanyak 100 buah mesin layan diri pertama Inisiatif Usahawan Makanan (Insan) di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) telah melalui proses perolehan dan akan beroperasi di tempat awam pada Jun ini.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, sebanyak 5,000 buah mesin disasarkan tahun ini untuk ditempatkan di seluruh negara.


(Menteri Ekonomi Rafizi Ramli)

Kesemua mesin akan diletakkan di stesen Transit Aliran Massa (MRT), hospital dan universiti.

"Proses tersebut mengambil masa kerana kita melalui perolehan secara terbuka. Kementerian Kewangan telah meluluskan perolehan seterusnya iaitu untuk menjemput semua syarikat-syarikat yang layak dan berkemampuan menyediakan 4,900 mesin seterusnya", katanya ketika ditemui selepas melawat tapak mesin layan diri IPR di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini.

Setakat ini, sebanyak 10,000 permohonan diterima bagi mesin layan diri sejak IPR dilancarkan pada Februari lepas.

Media Baharu