ALOR SETAR, 28 April- Seramai 100 anak yatim dari seluruh Parlimen Pokok Sena gembira apabila dibawa berbuka puasa di restoran terkenal dan menerima sumbangan duit raya.
Sumbangan disampaikan oleh Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Kedah, Romani Wan Salin sempena Majlis Iftar bersama anak yatim di Restoran Gemilang Hutan Kampung, malam ini.
Sumbangan iftar dan duit raya disumbangkan oleh Pertubuhan Dhuafa Sejahtera dan Farhan Travel.
Dalam ucapannya, Romani berharap sumbangan tersebut dapat menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri buat anak-anak yatim berkenaan.
"Comel anak-anak syurga ini. Moga mereka tabah meneruskan kehidupan sebagai harta paling berharga buat ibu atau ayah masing-masing. Tahniah juga saya ucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Pokok Sena atas pengurusan program yang berjalan dengan lancar," ujarnya.
(Antara anak-anak yatim yang diraikan)