fb fb fb fb fb

Banjir kilat KL: tindakan drastik pelan jangka pendek akan dilaksana- Shahidan

KUALA LUMPUR, 28 April- Kabinet telah bersetuju dan mengarahkan Kementerian Wilayah Persekutuan melaksanakan tindakan drastik pelan jangka pendek bagi mengatasi masalah banjir kilat di Kuala Lumpur.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, kementeriannya melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta agensi-agensi yang terlibat akan memaksimumkan operasi dan langkah-langkah penyelesaian pantas dengan kadar segera.

"Bila berlaku di KL, ini imej negara, jadi kerajaan telah membenarkan perbelanjaan yang besar kita buat segera, itu sebab saya suruh beli pam dan sebagainya dengan cara pembelian secara 'emegency ' termasuk mengorek tempat-tempat yang perlu dikorek termasuk membetulkan injap yang berhadapan dengan sungai dan sebagainya," katanya.

Beliau memaklumkannya kepada media pada Majlis Nur Ramadan bagi meraikan kakitangan Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi-agensinya di sini.

Antara pelan jangka pendek yang akan dilaksanakan adalah menempatkan 10 petugas di 25 lokasi banjir bagi melakukan kerja-kerja pengorekan longkang, membaiki dan melebarkan longkang sedia ada serta menyelenggara secara berterusan aset tebatan banjir.

Langkah drastikĀ itu diambil ekoran hujan lebat pada 25 April lalu, menyebabkan beberapa jalan utama di Kuala Lumpur ditenggelami air.


(Foto fail)

Media Baharu