fb fb fb fb fb

Malaysia, Korea Selatan meterai MoU perkasa bidang pertahanan

KUALA LUMPUR, 27 April - Malaysia memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Korea Selatan bagi memperkasakan bidang pertahanan.

Mesyuarat dua hala antara Menteri Kanan Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan Korea Selatan, Suh Wook telah diadakan secara hibrid, hari ini.

Hishammuddin berkata sebuah jawatankuasa kerja antara Kementerian Pertahanan kedua-dua negara akan ditubuhkan bagi memastikan perancangan di bawah MoU ini dapat dilaksanakan dengan baik.

"Beberapa keputusan telah pun dibuat untuk pasukan, pakar daripada Korea akan membantu kita melihat kepada dasar perindustrian pertahanan kita, melihat kepada keperluan aset-aset kita dan perkara yang berhubung kait dengan cyber security," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat dua hala secara maya berkenaan di Wisma Pertahanan, di sini.

(Hishammuddin pada sidang media di Wisma Pertahanan hari ini)

Usaha MoU itu telah dilaksanakan sejak tiga tahun lepas.

Persefahaman itu turut menjadi instrumen perundangan serta mengukuhkan kerjasama dalam konteks pertahanan antara kedua-dua negara.

Sekali gus menjadi dokumen rujukan utama dalam interaksi, program dan aktiviti bersama antara Angkatan Tentera Malaysia dengan Angkatan Tentera Korea Selatan.

Media Baharu