NILAI, 21 Ogos - Lebih 100,000 ribu pengunjung dijangka menghadiri Program Madani Rakyat (PMR) di Dataran Nilai, Negeri Sembilan bermula esok hingga Ahad.
Menurut Penyelaras PMR Negeri Sembilan Zafirah Najmi Abd Rahman, PMR edisi kali keenam itu akan diterajui Kementerian Digital dengan tema Digital Merentasi Generasi, Memperkasa Komuniti.
"Selalu orang serbu kaunter bayar saman trafik yang menawarkan diskaun 50 peratus. Kita juga akan mengedarkan 3,000 topi keledar percuma dengan syarat pengunjung membawakan topi keledar lama untuk ditukarkan.
"Antara perkhidmatan lain yang ditawarkan ialah gunting rambut secara percuma dan banyak lagi yang kebanyakkannya adalah percuma. Jika ada bayaran pun, kadar yang dikenakan adalah murah,"katanya ketika ditemui RTM di Dataran Nilai.
Tarikan lain yang disajikan kepada para pengunjung ialah kehadiran maskot animasi Ejen Ali, Upin Ipin, Boboyboy, Mechamato serta tayangan animasi Ejen Ali secara percuma.