fb fb fb fb fb

10,000 benih udang dilepas ke Pengkalan Pokok Kabu, Sungai Kerian

Pelepasan benih udang galah tersebut merupakan hasil usaha Pusat Perikanan Pulau Sayak yang berjaya menghasilkan benih hasil dari induk udang yang diperolehi dari Sungai Kerian

BANDAR BAHARU, 11 Februari - Jabatan Perikanan Negeri Kedah melepaskan sebanyak 10,000 ekor benih udang galah ke Pengkalan Pokok Kabu, Sungai Kerian, di sini dalam usaha meningkatkan stok udang galah di sungai tersebut.

Jabatan Perikanan Negeri Kedah dalam satu kenyataan berkata, pelepasan benih udang galah tersebut merupakan hasil usaha Pusat Perikanan Pulau Sayak yang berjaya menghasilkan benih hasil dari induk udang yang diperolehi dari Sungai Kerian.
 
"Sungai Kerian merupakan salah satu sungai yang banyak mendaratkan udang galah melalui aktiviti memancing dan memukat.
 
"Ia secara tidak langsung menyumbang pendapatan yang lumayan kepada Nelayan Darat di kawasan tersebut dan sekitar Bandar Baharu," menurut kenyataan itu.
 
Jabatan Perikanan Negeri Kedah berharap pelepasan udang galah berkenaan dapat menambah lagi stok udang galah di Sungai Kerian.
 

TETITIA YUSOFF