fb fb fb fb fb

1,742 Aduan Suri diterima melalui kod QR

MELAKA, 9 Mac- Sebanyak 1,742 aduan berkenaan kepenggunaan di terima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui platform Aduan Suri bagi tempoh Januari hingga 7 Mac lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, daripada jumlah itu, 168 aduan diterima di Melaka.


(Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh)

Beliau berkata, platform ini seterusnya dilihat dapat menggalakkan suri rumah untuk bertindak dan memperkasakan hak-hak mereka sebagai pengguna.

"Aduan suri ini adalah satu cara untuk mendaya upayakan wanita sebagai pengguna. Jadi seperti saya katakan tadi, aduan itu setakat ini aduan suri sudah dua bulan ada 1,742 aduan yang kita terima, pebagai aduan.

"Berkenaan dengan aduan suri negeri Melaka kita terima 168 aduan, tapi yang menariknya kita dapati lelaki juga antara pengadu-pengadu yang mengunakan kod QR aduan suri itu.

"Program khusus la utk hari ni" katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis perasmian Program Wanita Pengguna Cakna dan pelancaran Inap Desa Rahmah di Bandar Hilir.

Tambah Fuziah, KPDN menerima 29,265 aduan kepenggunaan sepanjang tahun 2022.

Katanya, daripada jumlah tersebut, aduan kepenggunaan paling tinggi yang diterima ialah berkaitan Transaksi Atas Talian iaitu sebanyak 8,847 diikuti aduan mengenai Harga sebanyak 7,259 dan Perkhidmatan Mengelirukan sebanyak 6,095 aduan.

Manakala, katanya, saluran aduan yang paling banyak digunapakai pengguna pula bagi penyaluran aduan pada tahun lalu adalah melalui Portal e-Aduan, aplikasi WhatsApps dan aplikasi ezAdu KPDN.

Media Baharu